Kelas Masakan HAnA Bakery

Salam semua,

Kelas Masakan Kanak- Kanak 2015 kini kembali di Hana Bakery.

Sekiranya berminat untuk menyertai mana-mana kelas, sila sms / whatsapp /email: 016-3383345/mcarlo9111@yahoo.com

Kelas dijalankan di HAnA Bakery di Bandar Seri Putra (BSP), Bangi. Alamat lengkap akan diberikan bagi yang membayar deposit

Sila berkumpul di Stesyen Minyak Petronas Bandar Seri Putra 10 minit sebelum kelas bagi yang tidak tahu untuk ke lokasi HAnA Bakery.

Bagi yang ingin pihak HAnA Bakery mengadakan kelas di tempat anda, sila hubungi pihak HAnA Bakery untuk maklumat lanjut.



CARA PEMBAYARAN

Bagaimana untuk menyertai kelas masakan Hana bakery? Pilih kelas yang diingini. Kemudian depositkan RM50 sebagai 'booking fee' ke akaun berikut: MAYBANK: 5551 0800 2522 HNA MARKETING &TRADING CIMB: 0510 0002 2572 05 AZLINA BT. ISMAIL BANK ISLAM: 1202 9020 5460 11 AZLINA BT. ISMAIL Setelah pembayaran dibuat, sila sms / email nama dan kelas yang diingini ke 016-3383 345 mcarlo9111@yahoo.com Baki yuran boleh dibayar semasa kelas.

Saturday, November 16, 2013

Kelas Masakan Kanak-Kanak 2013

Salam Semua,

Kelas Masakan untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah kini kembali lagi di Hana Bakery.

Kelas Kek Cawan & Apam
14/12/2013 (Sabtu)
RM100/pax

Pagi:
* Belajar membancuh kek dan membakar
* Belajar menghias kek cawan menggunakan buttercream, chocolate frosting dan edible image
Petang:
* Belajar membancuh adunan apam
* Belajar mewarna adunan apam
* Belajar mencorak apam polkadot, dan apam bercorak serta berkarakter

 
Kelas Coklat & Cookies
14/12/2013 (Ahad)
RM100/pax

Pagi
* Belajar mencairkan coklat
* Membuat pelbagai bentuk coklat dengan pelbagai inti
* Membuat coklat oreo
Petang
* Membuat cookies ala famos amos
   - Plain    - Coklat


Kenapa Kelas Masakan Untuk Kanak-Kanak? Apa faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti ini?
Jawapannya adalah aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengasah deria dan psikomotor anak-anak anda.

Aktiviti memasak adalah aktiviti kepelbagaian deria. Kanak-kanak melihat, menghidu, merasa, menyentuh, dan mendengar. Lebih banyak deria terlibat, lebih banyak pembelajaran terjadi. Juga merupakan kegiatan yang sangat baik bagi peningkatan kosa kata kanak-kanak dengan pengenenalan perkataan baru melalui istilah memasak. Kanak-kanak melibatkan diri dan berkomunikasi sesama mereka . Memasak adalah kegiatan yang tidak ternilai harganya .

Pembelajaran Psikomotor adalah hubungan antara fungsi kognitif dan gerakan fizikal. Pembelajaran Psikomotor ditunjukkan oleh keterampilan fizikal seperti gerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kecepatan; tindakan yang menunjukkan keterampilan motor halus seperti menggunakan sebarang peralatan, atau tindakan yang menunjukkan keterampilan motor kasar seperti penggunaan tubuh dalam tarian, muzik atau sukan. Perhatian diberikan kepada pembelajaran aktiviti koordinasi yang melibatkan lengan, tangan dan jari.

Selain dari sebab-sebab di atas, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi bersama kanak-kanak lain dan meluahkan imaginasi dan kreativiti mereka, disamping meluangkan masa sempena cuti sekolah dengan lebih bermakna.

* Setiap kelas bermula dari 10.00pg-4.00ptg
* Kelas adalah group hands-on, di mana kanak-kanak akan membuat setiap modul secara berkumpulan. Resipi disediakan untuk semua peserta
* Makan tgh hari dan minum petang disediakan
* Sijil disediakan untuk setiap kelas

Hubungi/sms/email : 016-3383345 / mcarlo9111@yahoo.com

Kelas Masakan untuk kanak-kanak khas untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.