Salam semua,
Dah lama tak update blog ni..
Tak sempat nak update aktiviti Hana Bakery. OK, ni ringkasan tempahan yang diterima oleh Hana dalam bulan January ngan Feb.
26hb-28hb Jan 2010
Menyediakan sarapan pagi, makan tgh hari dan minum petang untuk training kat opis.
Antara yang disediakan:- Nasi goreng, mihun goreng, mee goreng, roti kacang merah, roti sosej, roti serunding, nasi ayam, karipap, samosa, apam gula hangus & kuih kasui,sosej roll
28hb Jan 2010
Menerima tempahan kuih sebanyak 900pcs (karipap, samosa,apam gula hangus & kasui) dari member untuk bagi kat subordinates.
13hb Feb 2010
Member opis tempah kuih kasui sebanyak 60pcs untuk bawak ke umah kenduri sedara dia.
18hb Feb 2010
* Menyediakan sarapan pagi, makan tgh hari dan minum petang untuk training.
Menu yang diminta: Mihun goreng + telur mata, roti kacang merah, nasi ayam berempah, kuih kasui & samosa
* Member order kuih kasui 75pcs untuk hantar kat surau untuk diagihkan kepada jemaah.
Sorry, gambar mmg tak sempat nak snap....